Monday, April 26, 2010

AKU MANUSIA BIASA

Andai bisa ku petik kejora di langit
ku jadikan kerongsang di dadamu
Andai mampu ku capai rembulan di langit
ku jadikan penyuluh di ruang kalbumu
Andai bisa ku sulam gumpal awan di langit
ku jadikan ia alas ranjangmu
Andai mampu ku genggam mentari di langit
ku jadikan bukti tulusnya cintaku

Tapi aku hanya manusia biasa
Biasa bermain dengan kata-kata
Kata-kata buat penghibur jiwa
Jiwa yang terkadang pasrah melara
Melara kerna tiada punya apa-apa
Apa-apa yang mampu ku persembahkan
Melainkan sekeping hati yang tulus
Tulus dan ikhlas menyayangimu
Menyayangimu hingga ke akhir nafasku.....

Thursday, April 8, 2010

Aku Bukan Siapa-siapa

aku BUKAN SIAPA-siapa
aku BUKAN Kamu
aku BUKAN Dia
aku BUKAN BELIAU
aku hanyalah aku

aku BUKAN SIAPA-siapa
bicaraku tiada DIDENGAR
bicaraku tiada DITERIMA
bicaraku tiada BERMAKNA
Kerana aku hanyalah aku
bukan SIAPA-siapa yang DIANGGAP
mengerti APA-apa
petah BERKATA-kata

aku bukan siapa-siapa
kerana aku hanyalah aku
hanya mampu
diam membatu
tunduk membisu
tanpa ingkar
Siapa MEREKA
kerana aku hanyalah aku
bukan siapa-siapa