Saturday, October 30, 2010

Mereka Yang Terlupa

Ketawaria mereka
Rianggembira mereka
Setelah menganugerah duka
Pada hidup yang sedia sengsara

Sangka mereka lagi
Fikir mereka lagi
Jemari menulis takdir
Naluri menjauh adil

Melihat dengan mata yang dibutakan
Mendengar dengan telinga yang ditutupkan
Berfikir dengan akal yang dikosongkan
Memberi dengan niat memusnahkan

Sampai bila ia dibenarkan
Sampai bila ia dilepaskan
Sampai bila ia dimaafkan
Sampai bila ???

Friday, September 10, 2010

Yang Tinggal

Aidilfitri bertamu lagi

Tidak seperti biasanya

Mata berkaca menitis


tiada simpati lagi

tiada maaf lagi

tiada senyum lagi


Janji tiada ditepati

Peluang tiada dihargai

Bicara menghiris hati


Pergilah jauh dariku

Bawa duka itu

Cari saja penghiburmu

Sunday, August 29, 2010

aku redha

di jalan ini
ku himpun semua memori
segala pahitmanis
setiap hitamputih
menemani tiap langkahku

segalanya telah tersurat
firasat tiada mampu berniat
aku telah redha setulusnya
selagi kekuatan ini bernafas
dalam samarnya harapan

aku takkan menjerit
aku takkan menangis
jika itu bukan milikku
kerna Dia lebih tahu
apa yang terbaik buat diriku

Monday, April 26, 2010

AKU MANUSIA BIASA

Andai bisa ku petik kejora di langit
ku jadikan kerongsang di dadamu
Andai mampu ku capai rembulan di langit
ku jadikan penyuluh di ruang kalbumu
Andai bisa ku sulam gumpal awan di langit
ku jadikan ia alas ranjangmu
Andai mampu ku genggam mentari di langit
ku jadikan bukti tulusnya cintaku

Tapi aku hanya manusia biasa
Biasa bermain dengan kata-kata
Kata-kata buat penghibur jiwa
Jiwa yang terkadang pasrah melara
Melara kerna tiada punya apa-apa
Apa-apa yang mampu ku persembahkan
Melainkan sekeping hati yang tulus
Tulus dan ikhlas menyayangimu
Menyayangimu hingga ke akhir nafasku.....

Thursday, April 8, 2010

Aku Bukan Siapa-siapa

aku BUKAN SIAPA-siapa
aku BUKAN Kamu
aku BUKAN Dia
aku BUKAN BELIAU
aku hanyalah aku

aku BUKAN SIAPA-siapa
bicaraku tiada DIDENGAR
bicaraku tiada DITERIMA
bicaraku tiada BERMAKNA
Kerana aku hanyalah aku
bukan SIAPA-siapa yang DIANGGAP
mengerti APA-apa
petah BERKATA-kata

aku bukan siapa-siapa
kerana aku hanyalah aku
hanya mampu
diam membatu
tunduk membisu
tanpa ingkar
Siapa MEREKA
kerana aku hanyalah aku
bukan siapa-siapa