Sunday, August 23, 2009

MENGAPA MANUSIA MENIPU


Mengapa manusia menipu....
Untuk mendapatkan harta?
Untuk mendapatkan cinta?
Untuk mendapatkan segala
Permuasan nafsu semata-mata

Manusia akan menipu....
Demi segunung sanjungan
Demi jutaan kata-kata pujian
Demi semua yang diinginkan

Manusia suka menipu....
Bila enggan megakui kebenaran
Bila diri dalam ketakutan
Bila jiwa dalam keresahan
Andai tukarannya perpisahan

Untuk apa manusia menipu...
Menghancurkan hati yang suci
Memusnahkan semua mimpi
Mengingkar segala janji
Kata maaf berulangkali
Mengunci segenap ruang di hati

7 comments:

  1. Mengapa manusia menipu?
    Ini persoalan yang susah dijawab.

    Ada manusia yang menipu untuk niat jahatnya. Ada yang menipu kerana tidak ingin perasaan seseorang itu tersinggung.

    Walau apa tujuan seseorang itu menipu tentu hatinya akan rasa tidak sedap.

    Kata orang kalau nak menipu biarlah menipunya untuk seumur hidup. Jikalau tidak janganlah berbuat begitu. Kerana menipu itu bagai pisau tajam yang boleh membunuh tanpa disedari.

    Walau bagaimanapun, jauhilah kita sendiri daripada menipu. Harap-harap juga kita tidak ditipu nafsu jahat.

    ReplyDelete
  2. iye huiying...i setuju betul dgn pendapat u....Tiada istilah tipu sunat....

    ReplyDelete
  3. kadang2 manusia menipu untuk menyelamatkan keadaan dan terpaksa. tapi kalau lepas tu die betulkan balik yang salah, takpe lah kan..

    betulkan yang biasa, biasakan yang betul..

    ReplyDelete
  4. Tak mungkin dapat
    menghalang pendusta mempermainkan kata-kata manja atau berbisa
    Tiada apa pun dapat menghalang
    biar apa saja tujuan
    NAMUN SESUATU YANG PASTI
    balasan pasti menanti

    ReplyDelete
  5. G,
    boleh tak kalau kita biarkan jika ia bohong sunat?
    Bohong sunat ni sebab dia terpaksa demi kebaikan pada satu-satu pihak kan?
    p/s: tengok drama, biasa dengar dialog-dialog camni..huhu

    ReplyDelete
  6. manusia menipu kerana mempunyai aqal .. kucing tidak menipu .. lembu tidak menipu .. b4b1 tidak menipu .. itukan kelebihan, no?

    ReplyDelete
  7. .....percaya tak , ada yang lebih perit dari semua ini.....disebalik semua ujian....kita diberi peluang mentakrifkan erti ketenangan ....kita diberi nikmat untuk bertanya kepada kenangan2...masa lalu, masa kecil kita, masa sekolah kita, masa cinta kita..........tapi kita mampu membawa balik itu semua.bukan..bukan dalam kudrat kita. wassalam...nizar

    ReplyDelete