Saturday, August 15, 2009


Puisiku Buat Dr.Normaliza Sayang.............

Jarum waktu terus berputar...
Minda ku masih lagi bergetar
Jari-jemariku kian terketar-ketar...
Mengungkap makna kata yang dilontar
Kerana tugasan ku perlu dihantar
Walau ruang masanya cuma sebentar....

Duhai malam bantu diri ku
Duhai angin bisikkan aku
Berikan ilham tuk membaja ilmu
Berbekalkan amanat ibu yang satu
Walau kadang hati ku pasrah membeku....

Di sini aku kan tetap teguh berdiri
Biar seribu tugasan pun Dr. Normaliza beri...
Luntur semangat ku ini tidak sekali
Demi mengaut markah yang beliau janji....
Demi mengejar sebuah mimpi
Demi menjadi siswazah seperti yang diimpi.......

4 comments:

  1. amacam dr...indah tak sajak saya...
    maaf la dr, saya ni tak kreatif tapi saya inovatif..heh..heh...

    ReplyDelete
  2. Eh Gie, tak sangka engko ni kreatif jugak ye...(kreatif ke terpaksa...hihihik).Tak pe kita cuba buat mana yang terdaya dan sempat je, tapi janganlah tak buat apa-apa langsung.

    Usaha tangga kejayaan,
    kejayaan penuh dugaan,
    dugaan perlu pengorbanan,
    pengorbanan perlu keikhlasan,
    keikhlasan di hati,
    hati perlu suci,
    suci dari noda,
    noda dan dosa,
    dosa perlu pemgampunan,
    pengampunan daripada Allah yang Esa,
    Esa itu satu.

    ***********************************
    p/s : cukup-cukuplah aku merapu.
    Komen kat blog aku pula. Ini bukan satu suruhan tapi paksaan. Kalau kau tak komen kat blog aku, lain kali aku tobat dah nak komen kat blog engko....

    ReplyDelete
  3. Dr bagaikan pensel,
    Sahabat bagaikan buku,
    Ijazah bagaikan kertas,
    Impian bagaikan pemadam,
    Tugasan bagaikan pembaris,
    Pensel,
    Buku,
    Kertas,
    Pemadam,
    Pembaris,
    Semuanya biasa,
    Namun,
    Semuanya penting.

    P/S Ooi dah ketandusan idea.

    ReplyDelete
  4. Dialah guru
    Mengajar multimedia
    Susah dan senang kena lakukannya
    Kalau tidak faham boleh bertanya

    Segala tugasan
    Payah mahupun mudah
    Mesti siap pada masanya
    Jangan lewat waktunya

    Banyak ilmu seorang guru
    Banyak yang kita tidak tahu
    Nasib baik kita berguru
    Pada yang berilmu

    ReplyDelete