Saturday, August 22, 2009

Aku Tak Mau


Aku tak mau....
Mengimpikan yang besar-besar
Kelak bimbang hati menyasar

Aku tak mau....
Terbang terlalu tinggi
Bimbang jatuh parah sekali

Aku tak mau....
Tak mau aku....
Tak aku mau....
Yang amat hebat
Yang amat mulia
Yang amat dipuja
Cukuplah yang sederhana
Dalam meniti bahagia....
Menuju jalan yang sempurna
Merentas hingga ke hujung nyawa.....

Friday, August 21, 2009

ANGIN OH angin....

Angin yang terlepas
Mengundang bau-bau kematian
Merampas segenap deriarasa
Menghapus segala citracita selera
Menyesakkan nafas membeku didada...

Yang duduk bangkit berdiri
Yang berdiri trus lari
Yang kasih bertukar benci
Yang koma hampir mati
Itulah realiti bukannya ironi...

Namun naluri tak mampu bertahan
Disogok aroma bukan yang diinginkan
Meregang menegang mengundang jalinan sawan
Walau dihati mengungkap bicara gurauan

Antara sedar ia terlepas
Bisa merungkai urat-urat kebas
Bunyi tiada bernada tetapi bebas
Terkurung terkepung saat ia dilepas.....


Saturday, August 15, 2009

JUMPE HANTU CUN

eee.....seram sembang pasal hantu ni...

Tapi nak wat camne kan..kalau tak cite...takde markah...Ok la kawan2...ni kisah benar yang aku alami sendiri di kampus UPM....

Aku mengalami peristiwa ni semasa aku di semester kedua. Waktu kuliah subjek Bahasa Inggeris kat bangunan baru yang ada pintu gerbang macam kapal kat UPM tu...ala tempat guard lepak sambil jaga kawasan tu...

Satu malam tu, selesai aje kuliah aku pun berjalan pulang bersama teman ku Kak Nor..ala Kak Norliza yang baik hati tu....Kalau nak tau kami orang yang terakhir balik sebab bincang pasal hal kuliah. Sambil berjalan menuju ke arah tempat aku parking kereta, aku perasan ada bau bunga tanjung walau pun aku tak nampak pokoknya...Waktu tu jam 10 lebih...tambah dengan hujan renyai-renyai. Semasa berjalan tu aku perasan ada seorang perempuan berjalan di belakang kami..muka dia mirip Arab gitu...sedang berbual melalui telefon bimbitnya.Cantik dan seksi lagi.

Aku sempat menoleh dua tiga kali sebab tak puas tengok muka dia yang cun tu. Sampai je kat hujung bangunan berdekatan dengan tempat parking tu aku dan kak Nor pun berhenti sebab kat situ dah jalan mati....Oleh kerana aku tau di belakang aku ada awek cun tu, maka aku pun mengalih diri dari tempat aku berdiri, konon nak bagi ruang kat awek tu lalu....tapi bila aku menoleh, takde orang pun kat belakang kami...mana pergi awek cun tadi sedangkan dia mengikuti kami agak rapat hingga ke tempat parking tu. Lalu aku bertanya pada kak Nor. Tapi jawapan yang aku terima mengejutkan kerana kak Nor kata "mana ada orang kat belakang kita. Ko nampak hantu kot." Kata kak Nor...." Hishh!! Takkan la hantu, hantu mana pakai seksi siap berseluar jeans lagi." balas aku. Lantas aku ketawa kerana aku tak percaya akan hantu. Aku percaya hantu tu wujud tapi tak percaya kalau hantu datang kacau aku. Aku dengan kak Nor terus pulang.

Keesokan hari, kuliah aku masih di bangunan yang sama. Hari itu aku datang agak lewat sedikit. Waktu aku sampai perbentangan individu untuk mengenalkan diri masing2 pada pensyarah dan rakan2 dalam bahasa Inggeris....Bila sampai giliran aku..apalagi dengan malu2 kucing aku pun ke depan untuk cabut undi topik yang aku kena cerita.aku dapat topik mengenai'My Family'. Bila aku mula goreng cerita, teman2ku mula mengusik terutama Che Nan yang plum2 tu. Aku lihat di belakang kak Nor tersenyum kat aku...seakan mengejek.."Jaga la kak Nor nanti." Bisik hati aku. Selesai pembentangan aku...aku pun terus kembali ke tempat aku semula.

Sesudah aku duduk, aku pun menoleh untuk bercakap dengan kak Nor, tapi aku lihat dia takde...Lalu aku pun bertanya kepada rakan di sebelah tempat duduknya "Mana kak Nor, dia pergi ke tandas ke?" Tanya aku pada rakanku......"Eh! Mana ada kak Nor, dia kan kelas lain, tak sama dengan kita." Alamak..habis siapa yang senyum kat aku tadi??? Sekarang baru aku percaya bahawa yang semalam itu, yang berjalan di belakang aku tu..HANTUUUU......!!!! Dia nak menduga aku...sebab aku ketawa bila kak Nor cakap awek cun tu hantu.Aku ni bukan tak percaya pada hantu cuma aku fikir takkan la hantu minat kat awek cun macam aku ni...heh..he...

Tak lama kemudian pensyarah yang baik hati tu tukarkan kelas ke bangunan Sanggar Bahasa selepas mendengar cerita aku ni...tengok....bukan aku je yang takut hantu, tapi pensyarah yang baik hati tu pun takut jugak....

Ni cerita benar ye Dr...

Dr takut Hantu tak...???Saya rasa hantu -hantu kat falkulti mesti lari bila bertembung ngn Dr sebab mereka takut Dr bagi mereka assignment. Al-maklum la, kalu diahantu (bukan diorang) dah kena wat assgnment Dr yang ala-ala membawa maut tu..camne diahantu tu nak ambik angin waktu malam. Lagipun diahantu tu dah mati dan diahantu tu tak nak mati kali kedua lagi...sebab kalu mati kali pertama dia jadi hantu..kalu mati kali kedua...agak-agaknya dia jadi apa ye?????


Puisiku Buat Dr.Normaliza Sayang.............

Jarum waktu terus berputar...
Minda ku masih lagi bergetar
Jari-jemariku kian terketar-ketar...
Mengungkap makna kata yang dilontar
Kerana tugasan ku perlu dihantar
Walau ruang masanya cuma sebentar....

Duhai malam bantu diri ku
Duhai angin bisikkan aku
Berikan ilham tuk membaja ilmu
Berbekalkan amanat ibu yang satu
Walau kadang hati ku pasrah membeku....

Di sini aku kan tetap teguh berdiri
Biar seribu tugasan pun Dr. Normaliza beri...
Luntur semangat ku ini tidak sekali
Demi mengaut markah yang beliau janji....
Demi mengejar sebuah mimpi
Demi menjadi siswazah seperti yang diimpi.......

Saturday, May 2, 2009

PENGHARGAAN BUAT DR.NORMALIZA BTE ABD RAHIM


Wahai dunia.....
Aku kenalkan....inilah insan yang memaksaku menjadi seorang blogger(jgn marah ..gurau je). Tanpamu sampai sekarang aku buta IT. Demi 10 markah, aku belajar jugak buat blog.Walaupun masih -rabun-rabun ayam tapi sekarang aku sudah boleh berbangga kerana aku dah ada blog sendiri...Yahoo...
Jutaan terima kasih ye Doktor. Dengan ilmu yang Doktor turunkan ni, dapatlah saya bantu kawan2 yang teringin nak buat blog tapi tak tau. He..he..boleh la tunjuk pandai, walaupun pada hakikatnya aku ni sengal lagi dalam bab IT ni.
Terima kasih Dr Normaliza....terima kasih...terima kasih!!
Halalkan segala ilmumu.
MENGAPA KITA PERLU BERSEDERHANA

Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata

"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."

Jika perlu MARAH, marahlah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR.

Jika perlu MENANGIS, menangislah.. tetapi usah terlupa dengan perkataanTENANG.

Jika perlu PATUH, patuhlah.. tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN.

Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR.

Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH.

Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA.

Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA.

Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH.

Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah.. asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT.

Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampaiMENGUMPAT.

Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah... asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya.

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya..

Bersederhanalah... dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara..
* Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh.. terus sasau.
* Orang yang terlalu kuat.. kadang- kadang apabila lemah terus tidak berdaya..

Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta.
Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal
dunia.
Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilangkepercayaan orang dan tercalar maruah diri.

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkanuntuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya-eloknya..
bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah,membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah.

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang di mata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian.
Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orangyang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadipenebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.
Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.."

Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil....

Kata Sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.."

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.

Bersederhanalah... adalah jawapan kepada segala-galanya





Cara Nak Tau Sbb Anda Memilih Pasangan Anda


Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat saya telah bertanya satu soalan psikologi yang saya kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka.Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda.

Soalannya berbunyi begini.Ada 5 perkara berlaku serentak.
1.Air mendidih kat dapur.
2.Air paip melimpah kat bilik air.
3.Bayi menangis.
4.Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.

Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.
Fikir...Fikir...Fikir...Fikir...Fikir...
OK, dah habis fikir dan buat keputusan?

Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?Baik, mari kita semak jawapan anda...apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.

* Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.
* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.
* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.
* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.
* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.
Haaa macammana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.
Selamat Mencuba.
SENYUM PAKSA
Bersedekah adalah amalan mulia dan sedekah yang paling murah ialah memberi senyuman. Tetapi seeloknya bagilah senyuman yang ikhlas bukan senyuman yang dibuat-buat.Ada juga spesies yang susah nak senyum, mungkin kerana sombong dengan kelebihan mereka di dunia ni seperti pangkat, paras rupa dan sebagainya. Tapi jangan cepat membuat prasangka buruk, mungkin mereka susah nak senyum kerana dah muka dia macam tu nak buat macamana....


Saturday, April 18, 2009

WANITA HARGAI KESIHATAN DIRI

IBARAT lilin yang membakar diri bagi menerangi orang lain,
golongan wanita khususnya yang bergelar isteri dan
ibu lazimnya memastikan setiap ahli keluarganya sihat
sehingga kadangkala terlupa pada kesihatan sendiri.

PETUA KECANTIKAN

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.