MENGAPA KITA PERLU BERSEDERHANA
Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata
"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."
Jika perlu
MARAH, marahlah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan
SABAR.
Jika perlu
MENANGIS, menangislah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan
TENANG.
Jika perlu
PATUH, patuhlah.. tetapi jangan sampai hilang
KEMERDEKAAN.
Jika mahu
MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi
KUFUR.
Jika mahu
KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan
SEDEKAH.
Jika mahu menjadi
WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan
DUNIA.
Kalau mahu sebuah
KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan
SEMASA.
Kalau mahu
MENIMBUN HARTA, bekerja keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa
BERIBADAH.
Kalau mahu
BERHIBUR, berhiburlah.. asal tidak sakan dan
MENYALAHI SYARIAT.
Kalau mahu mem
PERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai
MENGUMPAT.
Kalau mahu
CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah... asalkan anda pun
BERUSAHA KUAT sepertinya.
Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya..
Bersederhanalah... dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara..
* Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh.. terus sasau.
* Orang yang terlalu kuat.. kadang- kadang apabila lemah terus tidak berdaya..
Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta.
Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal
dunia.
Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilangkepercayaan orang dan tercalar maruah diri.
Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkanuntuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya-eloknya..
bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah,membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah.
Orang yang bersederhana sentiasa terpandang di mata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian.
Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orangyang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadipenebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.
Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.."
Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil....
Kata Sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.."
Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.
Bersederhanalah... adalah jawapan kepada segala-galanya