TINTA PENA MENARI DAN MENYANYI..... LAGUNYA INDAH MERDU SEKALI..... KUPINTA TEMAN KIRANYA SUDI.... SINGGAH MENATAP NUKILANKU INI
Wednesday, January 25, 2012
Sunday, October 16, 2011
PERTANYAAN HATI
Sukarnya tuk mengerti hatimu
Dalam lembut bicaramu
Dalam perlahan tingkahmu
Terbuai aku dalam angkuh
Mampukah aku seperti dulu
Seperti yang biasa bak katamu
Sedangkan aku sendiri tidak terniat
Untuk merubah apa-apa dalam sedar
Kau nyalakan bahagia di hatiku
Biar tiada menjanjikan apa-apa
Tapi demi rasa ini aku amat rela
Rela bersamamu di setiap kala
Dalam tangis jua ketawa
Sayangku
Sanggupkah kau bersamaku sebagaimana aku sanggup
Kasihkah kau kepadaku sepertimana aku kasih
Tiada jawapan; kau hanya berdiam
Kelu…bisu…kaku…sayu
Thursday, April 28, 2011
Pinta ku
Ketabahanku makin menipis
Kesedihanku kian menghiris
Kesengsaraanku terus menghakis...
Jauhi aku
Dari dia
Dari Beliau
Dari Mereka~mereka
Andai hadir melakar duka...
Wahai Pencipta...
Tutupkan pintu-pintu derita
Bukakan semua pintu-pintu bahagia
Agar tiada lagi air mataderita
Ku ingin segala bahagia itu menjadi milikku
Buat selama-lama.....
Tuesday, February 1, 2011
BERIKAN KU KESEMPATAN
Takala wajahnya menyapa
Bertanya tentang duka
Bertanya tentang lara...
Cinta itu berbisik lagi
Takala suaranya bergema
Bercerita tentang impian
Bercerita tentang kenyataan
Masihkah ada ruang itu
Masihkan ada waktu itu
Masihkah ada kesempatan itu
Ya Tuhan...Pemilik sekelian alam..
Berikan aku keberkatan
Berikan aku keimanan
Berikan aku kekuatan
Agar hari esok...
Aku tidak gundah
Aku tidak resah
Aku tidak kalah..
Agar hari esok...
Tetap indah
Untuk aku dan dia terus tersenyum...
Saturday, October 30, 2010
Mereka Yang Terlupa
Rianggembira mereka
Setelah menganugerah duka
Pada hidup yang sedia sengsara
Sangka mereka lagi
Fikir mereka lagi
Jemari menulis takdir
Naluri menjauh adil
Melihat dengan mata yang dibutakan
Mendengar dengan telinga yang ditutupkan
Berfikir dengan akal yang dikosongkan
Memberi dengan niat memusnahkan
Sampai bila ia dibenarkan
Sampai bila ia dilepaskan
Sampai bila ia dimaafkan
Sampai bila ???
Friday, September 10, 2010
Yang Tinggal
Aidilfitri bertamu lagi
Tidak seperti biasanya
Mata berkaca menitis
tiada simpati lagi
tiada maaf lagi
tiada senyum lagi
Janji tiada ditepati
Peluang tiada dihargai
Bicara menghiris hati
Pergilah jauh dariku
Bawa duka itu
Cari saja penghiburmu
Sunday, August 29, 2010
aku redha
ku himpun semua memori
segala pahitmanis
setiap hitamputih
menemani tiap langkahku
segalanya telah tersurat
firasat tiada mampu berniat
aku telah redha setulusnya
selagi kekuatan ini bernafas
dalam samarnya harapan
aku takkan menjerit
aku takkan menangis
jika itu bukan milikku
kerna Dia lebih tahu
apa yang terbaik buat diriku
Monday, April 26, 2010
AKU MANUSIA BIASA
ku jadikan kerongsang di dadamu
Andai mampu ku capai rembulan di langit
ku jadikan penyuluh di ruang kalbumu
Andai bisa ku sulam gumpal awan di langit
ku jadikan ia alas ranjangmu
Andai mampu ku genggam mentari di langit
ku jadikan bukti tulusnya cintaku
Tapi aku hanya manusia biasa
Biasa bermain dengan kata-kata
Kata-kata buat penghibur jiwa
Jiwa yang terkadang pasrah melara
Melara kerna tiada punya apa-apa
Apa-apa yang mampu ku persembahkan
Melainkan sekeping hati yang tulus
Tulus dan ikhlas menyayangimu
Menyayangimu hingga ke akhir nafasku.....
Thursday, April 8, 2010
Aku Bukan Siapa-siapa
aku BUKAN Kamu
aku BUKAN Dia
aku BUKAN BELIAU
aku hanyalah aku
aku BUKAN SIAPA-siapa
bicaraku tiada DIDENGAR
bicaraku tiada DITERIMA
bicaraku tiada BERMAKNA
Kerana aku hanyalah aku
bukan SIAPA-siapa yang DIANGGAP
mengerti APA-apa
petah BERKATA-kata
aku bukan siapa-siapa
kerana aku hanyalah aku
hanya mampu
diam membatu
tunduk membisu
tanpa ingkar
Siapa MEREKA
kerana aku hanyalah aku
bukan siapa-siapa
Thursday, November 5, 2009
Jam Loceng
Ermmm...bercakap pasal jam loceng ni....aku rasa, semua rumah org ader jam loceng...tak mustahil kalu ader org yg menjadikn jam loceng sbg satu koleksi peribadi...ha..ha...sebab aper??? sebab aku sendiri ader 2 jam loceng yang dikunci selang 15 minit....skang ni handphone pon bleh jadi jam loceng...cume klu yang brnasib malang tepon tu tk brbunyi sb abis bateri...wuargh...nak pulak tone loceng tu dikunci bunyi lagu2..pergh!! lagi sedap lena...siap bleh mimpi jadi model video klip lagu tu....ha..ha...
Kalau la wat kajian tentang kepentingan jam loceng....senang nak cari responden yang faham fungsi jam loceng ni...tak la mcm kajian bahasa dlm komunikasi aku sem lepas(maaf Dr...huhu..)..hampir sumer responden aku tak tau ape itu E-ekonomi....hish...tapi aku nak berlagak tau pun takleh jugak sb aku sndri pongggg tak tau sehingalah aku kene wat tajuk tu...kah..kah...naik biol gak la...
Memandangkan betapa pentingnya jam loceng ni kepada manusia di bumi ni....ermmm..kalu la aku ada banyak duit..nak jer aku bukak kilang jam loceng...huhu....pastu kasi design yg canggih dan cute...yg paling penting bleh kuarkn bunyi yg bleh buat jiran2 pongg terjaga skali...baru gempak produk aku tu...(best gak berangan skali skala...)
Yang menjadi persoalannya skrng..adakah esok pagi aku bleh bangun sendri lg tanpa bantuan dr jam loceng yg telah byk brjasa kpd aku...Walau camner pongg...esok aku kene kunci gak...he..he..maner tau malang tak ader bau...terbabas tido aku....abisss..........dah la esok ade aktiviti perkhemahan....kang tak pasal2 kene sound ngn big bos kalu aku lambat....Seperti biasa la..setiap kali aku bercerita..aku mesti nk tulih sajak sebagai ending citer aku ni....he..he....
Aku sentiasa merindukan suaramu...
Walau kau sering menjerit tanpa sebab
Tetapi kerana dari kemahuanku sendiri...
menginginkan kau menjerit sebegitu
Walau suaramu tiada merdu...
Tetapi bisa mengejutkan pagiku
Menunaikan segala tanggungjawab itu...
Menggapai impian segala cita dan ilmu
Sunday, August 30, 2009
MAAFKAN AKU SAYANG
Tapi tidak bisa mewarnai duniamu
Akukah bulan itu
Tapi tak bisa menerangi kelammu
Akukah bintang itu
Tapi tak bisa mengelipkan dukamu
Akukah awan itu
Tapi tak bisa memayungi impianmu
Akukah bunga itu
Tapi tak bisa mengharum ruangan hatimu
Akukah tinta itu
Tapi tak bisa melakar sejarah denganmu
Walau kehadiranku cuma sebentar
Walau bayangku hanya sepintas
Walau bicaraku tetap terbatas
Namun semuanya tulus dan ikhlas
Buatmu aku mengalah
Bukan bererti aku lemah
Walau kadang jiwaku payah
Tapi hanya mampu berserah
Maafkan aku duhai cinta
Aku pergi agar tiada yang terluka
Maafkan aku duhai kasih
Kerna diriku kini merasa letih
Maafkan aku duhai sayang
Aku pergi membawa indahnya kenangan
Biarpun hati menangis kesepian
Demi kebahagiaanmu aku redha berkorban....
Saturday, August 29, 2009
SIKAP INDIVIDU BERDASARKAN FAKTOR ANGIN
-Dikategorikan manusia yang tidak jujur.
2.Orang yang tahan kentut berjam-jam.
-Dikategorikan tidak cerdik dan benggap.
3.Orang yang kentut dgn bangganya.
-Dikategorikan sebagai orang yang yakin dan berani.
4.Orang yang kentut lalu mengibaskan baunya.
-Dikategorikan seseorang yang sinis dan sadis.
5. Orang yang ketawa kuat-kuat utk menyembunyikan kentutnya.
-Dikategorikan seorang yang strategik dan seorang perancang yang baik.
6.Orang yang kentut tetapi tidak dapat dikenalpasti.
-Dikategorikan seorang yang penuh misteri.
7.Orang yang terkentut apabila disergah.
- Dikategorikan sebagai seorang yang gugup dan penakut.
8. Orang yang kentut dan senyum sendiri.
-Dikategorikan sebagai seorang yang ceria dan amat periang serta mesra.
Alamak... ada orang senyum sorang-sorang la pula...
Tandanya.. andalah yang paling periang, ceria dan mesra..
Sunday, August 23, 2009
MENGAPA MANUSIA MENIPU

Untuk mendapatkan harta?
Untuk mendapatkan cinta?
Untuk mendapatkan segala
Permuasan nafsu semata-mata
Manusia akan menipu....
Demi segunung sanjungan
Demi jutaan kata-kata pujian
Demi semua yang diinginkan
Manusia suka menipu....
Bila enggan megakui kebenaran
Bila diri dalam ketakutan
Bila jiwa dalam keresahan
Andai tukarannya perpisahan
Untuk apa manusia menipu...
Menghancurkan hati yang suci
Memusnahkan semua mimpi
Mengingkar segala janji
Kata maaf berulangkali
Mengunci segenap ruang di hati
Saturday, August 22, 2009
Aku Tak Mau

Mengimpikan yang besar-besar
Kelak bimbang hati menyasar
Aku tak mau....
Terbang terlalu tinggi
Bimbang jatuh parah sekali
Aku tak mau....
Tak mau aku....
Tak aku mau....
Yang amat hebat
Yang amat mulia
Yang amat dipuja
Cukuplah yang sederhana
Dalam meniti bahagia....
Menuju jalan yang sempurna
Merentas hingga ke hujung nyawa.....
Friday, August 21, 2009
ANGIN OH angin....
Mengundang bau-bau kematian
Merampas segenap deriarasa
Menghapus segala citracita selera
Menyesakkan nafas membeku didada...
Yang duduk bangkit berdiri
Yang berdiri trus lari
Yang kasih bertukar benci
Yang koma hampir mati
Itulah realiti bukannya ironi...
Namun naluri tak mampu bertahan
Disogok aroma bukan yang diinginkan
Meregang menegang mengundang jalinan sawan
Walau dihati mengungkap bicara gurauan
Antara sedar ia terlepas
Bisa merungkai urat-urat kebas
Bunyi tiada bernada tetapi bebas
Terkurung terkepung saat ia dilepas.....
Saturday, August 15, 2009
JUMPE HANTU CUN
Tapi nak wat camne kan..kalau tak cite...takde markah...Ok la kawan2...ni kisah benar yang aku alami sendiri di kampus UPM....
Aku mengalami peristiwa ni semasa aku di semester kedua. Waktu kuliah subjek Bahasa Inggeris kat bangunan baru yang ada pintu gerbang macam kapal kat UPM tu...ala tempat guard lepak sambil jaga kawasan tu...
Satu malam tu, selesai aje kuliah aku pun berjalan pulang bersama teman ku Kak Nor..ala Kak Norliza yang baik hati tu....Kalau nak tau kami orang yang terakhir balik sebab bincang pasal hal kuliah. Sambil berjalan menuju ke arah tempat aku parking kereta, aku perasan ada bau bunga tanjung walau pun aku tak nampak pokoknya...Waktu tu jam 10 lebih...tambah dengan hujan renyai-renyai. Semasa berjalan tu aku perasan ada seorang perempuan berjalan di belakang kami..muka dia mirip Arab gitu...sedang berbual melalui telefon bimbitnya.Cantik dan seksi lagi.
Aku sempat menoleh dua tiga kali sebab tak puas tengok muka dia yang cun tu. Sampai je kat hujung bangunan berdekatan dengan tempat parking tu aku dan kak Nor pun berhenti sebab kat situ dah jalan mati....Oleh kerana aku tau di belakang aku ada awek cun tu, maka aku pun mengalih diri dari tempat aku berdiri, konon nak bagi ruang kat awek tu lalu....tapi bila aku menoleh, takde orang pun kat belakang kami...mana pergi awek cun tadi sedangkan dia mengikuti kami agak rapat hingga ke tempat parking tu. Lalu aku bertanya pada kak Nor. Tapi jawapan yang aku terima mengejutkan kerana kak Nor kata "mana ada orang kat belakang kita. Ko nampak hantu kot." Kata kak Nor...." Hishh!! Takkan la hantu, hantu mana pakai seksi siap berseluar jeans lagi." balas aku. Lantas aku ketawa kerana aku tak percaya akan hantu. Aku percaya hantu tu wujud tapi tak percaya kalau hantu datang kacau aku. Aku dengan kak Nor terus pulang.
Keesokan hari, kuliah aku masih di bangunan yang sama. Hari itu aku datang agak lewat sedikit. Waktu aku sampai perbentangan individu untuk mengenalkan diri masing2 pada pensyarah dan rakan2 dalam bahasa Inggeris....Bila sampai giliran aku..apalagi dengan malu2 kucing aku pun ke depan untuk cabut undi topik yang aku kena cerita.aku dapat topik mengenai'My Family'. Bila aku mula goreng cerita, teman2ku mula mengusik terutama Che Nan yang plum2 tu. Aku lihat di belakang kak Nor tersenyum kat aku...seakan mengejek.."Jaga la kak Nor nanti." Bisik hati aku. Selesai pembentangan aku...aku pun terus kembali ke tempat aku semula.
Sesudah aku duduk, aku pun menoleh untuk bercakap dengan kak Nor, tapi aku lihat dia takde...Lalu aku pun bertanya kepada rakan di sebelah tempat duduknya "Mana kak Nor, dia pergi ke tandas ke?" Tanya aku pada rakanku......"Eh! Mana ada kak Nor, dia kan kelas lain, tak sama dengan kita." Alamak..habis siapa yang senyum kat aku tadi??? Sekarang baru aku percaya bahawa yang semalam itu, yang berjalan di belakang aku tu..HANTUUUU......!!!! Dia nak menduga aku...sebab aku ketawa bila kak Nor cakap awek cun tu hantu.Aku ni bukan tak percaya pada hantu cuma aku fikir takkan la hantu minat kat awek cun macam aku ni...heh..he...
Tak lama kemudian pensyarah yang baik hati tu tukarkan kelas ke bangunan Sanggar Bahasa selepas mendengar cerita aku ni...tengok....bukan aku je yang takut hantu, tapi pensyarah yang baik hati tu pun takut jugak....
Ni cerita benar ye Dr...
Dr takut Hantu tak...???Saya rasa hantu -hantu kat falkulti mesti lari bila bertembung ngn Dr sebab mereka takut Dr bagi mereka assignment. Al-maklum la, kalu diahantu (bukan diorang) dah kena wat assgnment Dr yang ala-ala membawa maut tu..camne diahantu tu nak ambik angin waktu malam. Lagipun diahantu tu dah mati dan diahantu tu tak nak mati kali kedua lagi...sebab kalu mati kali pertama dia jadi hantu..kalu mati kali kedua...agak-agaknya dia jadi apa ye?????
Puisiku Buat Dr.Normaliza Sayang.............
Jarum waktu terus berputar...Minda ku masih lagi bergetar
Jari-jemariku kian terketar-ketar...
Mengungkap makna kata yang dilontar
Kerana tugasan ku perlu dihantar
Walau ruang masanya cuma sebentar....
Duhai malam bantu diri ku
Duhai angin bisikkan aku
Berikan ilham tuk membaja ilmu
Berbekalkan amanat ibu yang satu
Walau kadang hati ku pasrah membeku....
Di sini aku kan tetap teguh berdiri
Biar seribu tugasan pun Dr. Normaliza beri...
Luntur semangat ku ini tidak sekali
Demi mengaut markah yang beliau janji....
Demi mengejar sebuah mimpi
Demi menjadi siswazah seperti yang diimpi.......
Saturday, May 2, 2009
PENGHARGAAN BUAT DR.NORMALIZA BTE ABD RAHIM

Aku kenalkan....inilah insan yang memaksaku menjadi seorang blogger(jgn marah ..gurau je). Tanpamu sampai sekarang aku buta IT. Demi 10 markah, aku belajar jugak buat blog.Walaupun masih -rabun-rabun ayam tapi sekarang aku sudah boleh berbangga kerana aku dah ada blog sendiri...Yahoo...
Jutaan terima kasih ye Doktor. Dengan ilmu yang Doktor turunkan ni, dapatlah saya bantu kawan2 yang teringin nak buat blog tapi tak tau. He..he..boleh la tunjuk pandai, walaupun pada hakikatnya aku ni sengal lagi dalam bab IT ni.
Terima kasih Dr Normaliza....terima kasih...terima kasih!!
Halalkan segala ilmumu.
Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata
"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."
Jika perlu MARAH, marahlah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR.
Jika perlu MENANGIS, menangislah.. tetapi usah terlupa dengan perkataanTENANG.
Jika perlu PATUH, patuhlah.. tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN.
Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR.
Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH.
Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA.
Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA.
Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH.
Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah.. asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT.
Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampaiMENGUMPAT.
Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah... asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya.
Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya..
Bersederhanalah... dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara..
* Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh.. terus sasau.
* Orang yang terlalu kuat.. kadang- kadang apabila lemah terus tidak berdaya..
Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta.
Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal
dunia.
Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilangkepercayaan orang dan tercalar maruah diri.
Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkanuntuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya-eloknya..
bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah,membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah.
Orang yang bersederhana sentiasa terpandang di mata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian.
Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orangyang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadipenebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.
Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.."
Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil....
Kata Sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.."
Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.
Bersederhanalah... adalah jawapan kepada segala-galanya

* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.
Saturday, April 18, 2009
WANITA HARGAI KESIHATAN DIRI
golongan wanita khususnya yang bergelar isteri dan
ibu lazimnya memastikan setiap ahli keluarganya sihat
sehingga kadangkala terlupa pada kesihatan sendiri.
PETUA KECANTIKAN
Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.